Assalamualaikum w.b.t Baru-baru ini saya menonton rancangan Famili Ohsem di ASTRO Oasis yang dihostkan oleh PU Taha dan tetamu jemputan adalah Ustaz Zahri dan PU Rahmat. Topik yang agak menarik dibincangkan dalam minggu tersebut adalah mengenai "SUNNAH MENABUNG" ataupun menabung menurut Islam. Dalam Islam juga ada menggariskan cara-cara menabung dengan betul. Kenapa umat Islam disarankan untuk menabung? Ini kerana Islam adalah agama yang cukup sempurna yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia dalam seharian. Baik dalam hal perancangan kewangan mahupun hal-hal yang lain. Di dalam Islam juga mengajar umatnya dalam amalan menabung yang berkesan dalam menghadapi saat-saat getir atau kecemasan dalam kehidupan. Perkara ini sebenarnya telah diceritakan oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Di ambil daripada peristiwa seorang raja yang meminta Nabi Yusuf mentafsirkan mimpinya :
Allah swt berfirman yang bermaksud: " Raja berkata kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya :"Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi (lembu) betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi (lembu) betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering. Hai orang-orang terkemuka Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpi itu jika kami dapat mena'birkan mimpi. Mereka menjawab:"Itu adalah mimpi-mimpi kosong dan kami sekali-kali tidak tahu menta'birkan mimpi itu. Dan berkatalah orang yang selamat diantara mereka berdua dan teringat (kepada Nabi Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya. Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) mena'birkan mimpi itu, maka utuslah aku kepadanya. Setelah pelayan itu berjumpa dengan Nabi Yusuf dia berseru :"Hai Yusuf orang yang dipercayai, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi (lembu) betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi (lembu) betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering. Agar aku kembali kepada orang itu, agar mereka mengetahuinya. Nabi Yusuf berkata :" Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa ; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit (susah) yang akan menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit) kecuali sedikit dari (gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberikan hujan (dengan cukup) dan manusia memeras anggur. (Surah Yusuf Ayat 43-49) Daripada Surah Yusuf di atas, berikut merupakan beberapa panduan yang boleh kita ikut menurut Surah Yusuf: 1. Membuat simpanan yang konsisten selama 7 tahun tanpa pusing belakang. Dalam erti kata lain, tabung simpan lupa. Tabung simpan lupa ni kita laburkan dalam unit trust supaya kita disiplin dan tak ambil balik duit simpanan kita. 2. Sama jugak dengan tabung simpanan sementara (short term), simpanan untuk 7 bulan. Sebagai contoh, nak berhenti kerja, gaji RM2000 jadi perlu standby RM14000 sebelum berhenti. 3. Perlu ada persediaan kewangan untuk jangkamasa panjang dan pendek. Jangkamasa panjang (persaraan, tabung pelajaran anak-anak, haji, hartanah). Jangkamasa pendek (akikah anak, travel, emergency dsb) 4. Menyimpan perlu ada sistem. Contoh 60% kegunaan harian (makan, minyak, kereta, bil2), 10% savings, 10% emergency, 10% sedekah (tabung kekal - akhirat) MUDARAT JIKA TIDAK MENABUNG: "Kadangkala kemiskinan membawa kita kepada kekufuran" Ada seorang kawan ustaz, dah pencen tapi masih belum memiliki rumah. Sampai sekarang masih menyewa. Dulu masa muda cuai, fikir lepas dapat duit pencen nak guna untuk beli rumah. Duit pencen RM100k, pada masatu harga rumah dah melambung, hanya mampu beli tanah je. Tapi mana nak dapat duit untuk bina rumah? Besar atau kecil gaji, mesti menabung. Menabung itu sunnah. Sekarang ramai pencen dengan hutang, tapi harta langsung takde. Itu mudarat apabila tidak menabung. PENGAJARAN: □ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya □ Berbelanja ikut kemampuan, keperluan vs kehendak. □ Pendapatan kecil atau besar, mesti menabung □ Menabung mesti ada sistem, dari sistem kita akan cuba ikut, disiplin. SHARE jika anda bermanfaat. Semoga kita semua dapat menabung menurut sunnah Islam.
0 Comments
Leave a Reply. |
Hubungi SayaNurhazwani Jantraz ArkibKategori
All
|