Seni ini diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernilai lebih RM122,000,000,000(122 Billion), Li Ka Shing.
Ini seninya, Bila dapat saja gaji maka asingkan kepada 5 "kolam". ... 5 "kolam" tersebut adalah seperti berikut : Kolam 1 - Kolam Perbelanjaan Harian(30%) Kolam 2 - Kolam Networking(20%) Kolam 3 - Kolam Ilmu(15%) Kolam 4 - Kolam Melancong Luar Negara(10%) Kolam 5 - Kolam Berniaga/Melabur(25%) ... [+] Kolam 1 - Kolam Perbelanjaan Harian. Duit dalam kolam ini, buat untuk belanja hari-hari. Hidup sejimat & seringkas mungkin. [+] Kolam 2 - Kolam Networking. Duit dalam kolam ni, buat untuk belanja kawan-kawan makan. Kawan-kawan yang macamana? Orang-orang yang boleh bantu kita untuk lebih berjaya. Belanja orang pandai-pandai makan. Belanja orang hebat-hebat makan. Belanja orang kaya-raya/berjaya makan. Buat kawan. [+] Kolam 3 - Kolam Ilmu. Duit dalam kolam ni, buat beli buku. Buat bayar yuran masuk kelas/bengkel/seminar & etc. Kata orang hebat, pelaburan ilmu adalah pelaburan terbaik. Dengan ilmu, ia dapat "mengubah takdir" hidup seseorang. [+] Kolam 4 - Kolam Melancong Luar Negara. Semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan(dan juga pemikiran). [+] Kolam 5 - Kolam Berniaga/Melabur. Pakcik Warren Buffet(hartawan dunia) pesan apa? " Never depend on single income.." Create second source! Boleh berniaga atau melabur(ini kira berniaga jugak) atau kedua-duanya sekali. Tak pandai? Belajar. Guna duit dalam kolam 2 untuk buat kawan dengan orang pandai. Guna duit dalam kolam 3 untuk jadi pandai. ... PS : Dengan klik butang SHARE, tuan/cik puan juga secara tak langsung dikira umpama berkongsi ilmu. Sebarkan sekiranya ini bermanfaat, supaya lebih ramai dapat baca.
1 Comment
|
Hubungi SayaNurhazwani Jantraz ArkibKategori
All
|